Perjuangan Soon Huat-Shevon terhenti di Jepun

Perjuangan Soon Huat-Shevon terhenti di Jepun

Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie berharap mampu melangkah lebih jauh di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjuangan pasangan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dalam Kejohanan Badminton Jepun Masters di Kumamoto tersekat di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Pasangan suami isteri itu terpaksa akur tumpas kepada gandingan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampra dalam pertarungan tiga set 21-18, 20-22, 14-21.

Soo Huat- Shevon yang berada di ranking ke-10 dunia bermula positif pada set pertama, namun tumpas dua set berikutnya kepada gandingan baharu dari Thailand itu.

Keputusan berkenaan bagaimanapun tidak mengubah perjalanan mereka ke Jelajah Dunia Akhir (WTF) yang akan berlangsung di China pada bulan depan.

Mereka yang menghuni ranking ketiga WTF sudah mengesahkan tempat di Hangzhou yang dijadual bermula 11 hingga 15 Disember ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya