Peluang Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir semakin mencabar

Peluang Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir semakin mencabar

AARON Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 23-25, 21-17, 12-21 pada perlawanan suku akhir China Masters 2024 di Arena Shenzen, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semakin mencabar buat beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila tersingkir di suku akhir China Masters di Shenzen, hari ini.

Gandingan No. 5 dunia itu terpaksa menerima kekalahan kepada pasangan tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 23-25, 21-17, 12-21 pada perlawanan yang berlangsung di Arena Shenzen.

Secara matematik mengikut pengiraan mata ranking Jelajah Dunia, Aaron-Wooi Yik perlu mara ke separuh akhir kejohanan itu untuk mengesahkan tiket ke Hangzhou.

Mengikut format pertandingan hanya lapan terbaik dalam ranking Jelajah Dunia yang layak beraksi di kejohanan terakhir musim itu dengan Aaron-Wooi Yik kini berada di tangga kesembilan.

Nasib mereka kini bergantung kepada pasangan negara lain untuk membolehkan bekas juara dunia itu menembusi kelompok lapan terbaik.

Dalam pada itu, beregu profesional lelaki negara, Nur Izzudin Rumsani-Goh Sze Fei terpaksa menamatkan perjalanan mereka di suku akhir.

Juara Terbuka China itu, terpaksa akur dengan pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutaman-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-18, 19-21, 21-23 dalam tempoh 64 minit.

Bagaimanapun, kekalahan itu tidak memberi impak kepada pilihan ketujuh itu susulan sudah berjaya mengesahkan slot ke Jelajah Dunia Akhir, Disember ini.

Dalam saingan beregu wanita pula, Pearly Tan-M. Thinaah turut tersingkir di suku akhir selepas akur kepada gandingan No. 1 dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Pilihan kelima itu terpaksa menerima kekalahan menerusi keputusan straightset 16-21, 17-21 kepada pasangan tuan rumah berkenaan.

Pearly-Thinaah sudah mengesahkan tiket ke Hangzhou selepas menduduki ranking Jelajah Dunia di kedudukan kelima. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya