Pang Ron-Su Yin bangga kejutkan beregu No. 3 dunia

Pang Ron-Su Yin bangga kejutkan beregu No. 3 dunia

PANG Ron-Su Yin mengejutkan pasangan tuan rumah untuk mara ke suku akhir China Masters 2024 di Shenzhen, China, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin menganggap komunikasi menjadi faktor utama kejayaan menewaskan beregu tuan rumah yang juga pasangan No. 3 dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada aksi pusingan kedua, China Masters 2024 di Shenzhen, semalam.

Gandingan No. 23 dunia itu mencipta kejutan di gelanggang Arena Shenzen apabila mara ke suku akhir menewaskan pilihan kedua kejohanan berstatus Super 750 itu dalam pertarungan tiga set 16-21, 21-14, 21-19.

Pang Ron berkata, komunikasi beliau bersama Su Yin tidak serasi sejak awal tahun ini menyebabkan permainan mereka kurang konsisten, namun berjaya menepis kekurangan itu bermula pertengahan musim, sekali gus mampu melangkah lebih jauh pada kejohanan tahap tertinggi.

“Sejujurnya, kami hanya berkomunikasi lebih baik daripada sebelum ini. Saya rasa keserasian dan komunikasi kami agak teruk pada awal musim. Namun, kini kami sudah semakin serasi dan mampu menewaskan pasangan ranking lebih tinggi.

“Perlawanan hari ini (semalam), kami dapat lihat mereka (Zhen Bang-Ya Xin) kelihatan sangat tertekan dan kami sebagai ‘underdog’ hanya teruskan perjuangan,” kata Pang Ron kepada BWF, semalam.

Turut meneruskan kemaraan, beregu campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang bangkit menewaskan gandingan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 14-21, 23-21, 21-8 dalam tempoh 65 minit untuk melangkah ke suu akhir.

Tang Jie bagaimanapun berkata, beliau masih belum berpuas hati prestasinya bersama Ee Wei dan menganggap China Masters sebagai ‘bekalan’ menjelang Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou bulan depan.

“Kami masih belum berpuas hati. Ketika mata ke-11 (set pertama) saya kehilangan momentum dan pasangan saya berjuang untuk lindungi saya. Bagaimanapun, kamu berbincang selepas itu untuk mengatasi kehilangan momentum itu dan kesabaran itu kunci utama kami.

“Sebelum perlawanan hari ini (semalam), strategi kami hanya bersabar dan tidak terlalu gopoh. Jadi, kami cuba untuk tidak membuat kesilapan mudah di atas gelanggang,” ujarnya.

Pada aksi suku akhir China Masters 2024 hari ini, Pang Ron-Su Yin akan bertemu dengan pasangan Taiwan, Chen Cheng Kuan-Hsu Yin-Hui manakala Tang Jie-Ee Wei berdepan gandingan tuan rumah, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya