Newcastle malukan Arsenal di St. James Park

Newcastle malukan Arsenal di St. James Park

ISAK meledak gol tunggal perlawanan ketika Newcastle menumpaskan Arsenal 1-0 di St. James Park.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal mencatatkan kekalahan kedua dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tumbang 0-1 kepada Newcastle di St. James Park, sebentar tadi.

Turun dengan misi untuk mencari kemenangan selepas terikat 2-2 dengan Liverpool minggu lalu, persembahan anak-anak buah Mikel Arteta tidak seperti diharapkan.

The Gunners ketinggalan seawal minit ke-12 selepas penyerang berbisa Sweden, Alexander Isak meletakkan The Magpies dihadapan menerusi tandukan menarik.

Gol itu ternyata mengejutkan skuad kendalian Arteta, namun mereka gagal bertindak balas dengan cepat dengan kedudukan 1-0 kekal memihak kepada tuan rumah pada separuh masa pertama.

Selepas rehat, Newcastle berusaha mencari gol kedua perlawanan, namun barisan pertahanan Arsenal berjaya mematahkan beberapa gerakan positif ke arah pintu gawang yang dikawal David Raya.

Arsenal juga turut memberi tekanan kepada Newcastle tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan menyaksikan mereka tewas buat kali kedua musim ini.

Untuk rekod, skuad Arteta dimalukan Bournemouth 2-0 pada 20 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya