Nafuzi fokus tugas bersama Sang Kenari

Nafuzi fokus tugas bersama Sang Kenari

NAFUZI Zain (tiga dari kiri) bercakap dengan barisan pemain KDA FC yang turun menjalani sesi latihan di Stadium Darul Aman.-IHSAN SANG KENARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain enggan memberi sebarang ulasan biarpun namanya kini hangat dikaitkan dengan skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan.

Nafuzi berkata, fokusnya kini terarah kepada Sang Kenari ketika skuad Hijau Kuning itu akan membuka tirai Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Darul Aman, malam ini.

“Tak perlulah saya bercakap mengenai perkara itu (dilantik ke skuad kebangsaan) kerana tindakan sedemikian hanya akan menimbulkan pelbagai lagi khabar angin.

“Fokus saya kini hanya kepada KDA FC dalam keadaan pasukan ini amat memerlukan suntikan motivasi bagi berdepan perlawanan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nafuzi menambah, aksi di Stadium Darul Aman tidak menjanjikan kelebihan buat pasukannya dalam perlawanan itu nanti ketika pelbagai isu masih melanda mereka ketika ini.

Sebaliknya kata beliau, KL City ketika ini dilihat lebih ampuh dari segala aspek untuk beraksi dalam perlawanan itu nanti.

“Perlawanan ini dijangka sukar buat kami kerana KL City dilihat lebih bersedia dari segala aspek. Mereka juga sering beraksi baik dalam saingan Piala Malaysia sejak 2021.

“Di pihak kami pula, para pemain perlu fokus dalam perlawanan itu di sebalik pelbagai masalah melanda. Harapnya kami dapat membuahkan hasil positif bagi dijadikan bekal untuk dibawa ke perlawanan timbal balik nanti,” katanya.- UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya