Jentera untuk Helmi, KIP kompetitif

Moto2: Jentera untuk Helmi, KIP kompetitif

KIP ketika sesi latihan di Litar Antarabangsa Sepang menjelang perlumbaan Moto2 pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia Petronas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelumba negara yang bersaing di atas tiket ‘wildcard’, Muhammad Helmi Azman dan Khairul Idham Pawi (KIP) dibekalkan dengan jentera kompetitif bagi mengharungi perlumbaan Moto2 pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia Petronas di Litar Antarabangsa Sepang, esok.

Biarpun kedua-dua pelumba itu terpaksa mengharungi GP Malaysia tanpa persiapan rapi, pengurus pasukan Petronas MIE Racing RW, Razmin Masli Abdul Razak berkata, Helmi dan KIP akan menggunakan motosikal yang diubah suai mengikut spesifikasi terkini termasuk elektronik dan casis 2023.

“Mereka akan tetap kita bekalkan dengan jentera yang kompetitif dan setakat ini, kedua-dua pelumba sedang bekerja rapat dengan mekanik bagi mendapatkan pelarasan terbaik bagi mengharungi sesi kelayakan, esok (hari ini).

“Bagi sesi latihan bebas, hari ini (semalam) yang berlangsung pada sebelah pagi baik Helmi mahupun KIP mengharungi situasi berbeza kerana keadaan litar yang basah dan kering.

“Jadi, keadaan itu tidak memberi kelebihan kepada mereka, untuk sesi berikutnya kita akan cuba melakukan perubahan bagi mendapatkan pelarasan jentera yang lebih baik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Razmin, Helmi dan KIP menggunakan casis 2023 yang tidak mempunyai perbezaan dengan jentera tahun ini.

“Kita cuma ada membuat sedikit penambahan beberapa komponen baharu dan juga sistem elektronik, jadi, mungkin mereka perlukan sedikit masa bagi mendapatkan keserasian,” ujarnya.

Pada sesi latihan pertama (FP1), Helmi berada di kedudukan ke-29 dengan catatan masa sepusingan 2 minit 9.550 saat (s), manakala, KIP berada di tangga tercorot iaitu di tempat ke-30 selepas melakukan lakaran masa sepusingan 2:10.195s.

Razmin berkata, pasukannya juga sedang mempersiapkan jentera bagi menghadapi sebarang kemungkinan perubahan cuaca jika hujan membasahi litar pada sesi kelayakan, hari ini dan perlumbaan sebenar, esok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya