Misi Qabil Irfan buru gelaran dunia kedua di Aragon

Misi Qabil Irfan buru gelaran dunia kedua di Aragon

QABIL Irfan yang telahpun berada di Sepanyol kerana menyertai Kejuaraan Motosikal Superbike Sepanyol, minggu lalu menanti rakan sepasukan di Aragon. - Ihsan ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cabaran menanti pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan apabila akan bersaingan dalam kelas perdana 190cc pada Kejuaraan Siri Dunia FIM MiniGP 2024 di Aragon, Sepanyol bermula 12-14 November ini.

Juara dunia MiniGP bagi kategori 160c itu yang kini berusia 12 tahun beralih ke kelas perdana, tahun ini selepas dia menjuarai FIM MiniGP Malaysia untuk kategori sama, baru-baru ini.

Qabil tidak bersendirian selepas pelumba Asia Talent Cup (ATC), Farish Hafiy Farid Sezli, juara FIM MiniGP Indonesia, Qayim Razin Razali dan Adam Danial Abdul Fattah turut bersaing dalam kategori 190cc itu.

Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, saingan di Aragon menghidangkan cabaran yang berbeza kepada para pelumba jika dibandingkan dengan litar di Valencia yang sepatutnya menjadi tuan rumah perlumbaan tersebut.

“Ciri-ciri litar yang luas dan panjang akan menyaksikan para pelumba berada di dalam kelompok yang besar sewaktu perlumbaan.

“Keadaan cuaca juga dijangka sejuk serta berangin dan ini mampu mempengaruhi prestasi pelumba kita.

“Apapun, kami daripada Team Malaysia sudah bersedia untuk apa jua cabaran yang akan dihadapi di Aragon,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mengulas mengenai sasaran, bekas pelumba Moto2 dan Moto3 itu memberitahu, dia amat berharap pelumba-pelumba cilik Malaysia tersebut mampu merebut kedua-dua kejuaraan 190cc dan 160cc.

Jelasnya, untuk merealisasikan hasrat itu, pasukan sudah menyiapkan kesemua pelumba untuk mempamerkan prestasi yang terbaik di Aragon daripada sesi latihan hinggalah kepada acara perlumbaan.

Untuk kelas 160cc pula, sandaran negara untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi Qabil Irfan, tahun lepas diletakkan dibahu naib juara FIM MiniGP Malaysia 2024, Ariel Marzuki.

Pada asalnya dijadualkan berlangsung di Litar Valencia, Kejuaraan FIM MiniGP dipindahkan ke Aragon selepas banjir besar melanda wilayah timur dan selatan Sepanyol.

ends.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya