JAKARTA: Kemenangan ke atas Arab Saudi menambah keyakinan pengendali Indonesia, Shin Tae-yong untuk membawa pasukan Sang Garuda itu mara ke Piala Dunia 2026. Dua gol menerusi Marselino Ferdinan membantu Indonesia melakar kemenangan 2-0 ke atas Arab Saudi 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno, kelmarin. Keputusan itu membolehkan Sang Garuda mengumpul enam mata selain turut melonjak ke kedudukan ketiga dalam saingan Kumpulan C dan ia adalah kemenangan pertama mereka dalam kempen kali ini. “Kemenangan malam ini (semalam) membuka peluang untuk kita mencapai sasaran kita (layak ke Piala Dunia). Indonesia perlu akhiri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya