Malaysia Tigress idam benam Jepun

Malaysia Tigress idam benam Jepun

SKUAD negara meraikan kejayaan menumpaskan Korea Selatan 2-1 dalam kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT), kelmarin.- IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara mahu menjadikan Jepun mangsa kedua apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Stadium Hoki Rajgir, India, hari ini.

Malaysia menghidupkan peluang untuk mengisi kedudukan empat terbaik di kejohanan tersebut selepas skuad kendalian Nasihin Nubli Ibrahim itu menewaskan Korea Selatan 2-1, kelmarin.

Kemenangan tersebut nyata menaikkan semangat dan moral skuad negara yang sebelum ini dibelasah 4-0 oleh tuan rumah, India pada aksi pertama pada 11 November sebelum diaibkan China 5-0 sehari kemudian.

“Bertemu Jepun satu lagi pasukan yang kuat jadi, kita akan gunakan peluang untuk melakukan pemulihan dengan baik serta mengadakan perbincangan bersama pasukan supaya kita turun lebih kuat berbanding menentang Korea Selatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nasihin berkata pemainnya perlu mengekalkan corak permainan berdisiplin sambil mengurangkan kesilapan barisan pertahanan daripada memberi pukulan sudut penalti kepada lawan.

“Kita boleh nampak mereka (Korea Selatan) mengawal permainan tetapi kita ada kekuatan sendiri dan menggunakan kekuatan kita untuk mengekang mereka daripada menjaringkan gol.

“Kita lihat hari ini (kelmarin) pemain berdisiplin namun daripada segi pukulan sudut penalti kita kurang baik kerana kita memberikan 13 pukulan sudut penalti dan bagusnya kita dapat menghalang lawan.

“Bagaimanapun kita tidak dapat menjaringkan gol daripada dua pukulan sudut penalti yang kita perolehi jadi kita kena perbaiki di situ,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya