Malaysia Tigers mara ke final Piala Mirnawan 2024

Malaysia Tigers mara ke final Piala Mirnawan 2024

Pasukan Malaysian Tigers meraikan kemenangan selepas menewaskan Malaysian Speedy menerusi penentuan pukulan penalti pada perlawanan separuh akhir Piala Mirnawan 2024, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini. UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Tigers mencipta kejutan apabila melangkah ke final Piala Mirnawan 2024 selepas menewaskan Malaysia Speedy 3-1 dalam penentuan penalti di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Skuad kendalian Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin itu terlebih dahulu berada di hadapan selepas Muhammad Ashrafeel Iman menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-31.

Malaysia Tigers hampir menggandakan jaringan bagaimanapun gol Muhammad Rafiq dibatalkan oleh umpire perlawanan.

Ketika permainan seakan-akan berpihak kepada Malaysia Tigers, Amran Kashimi Ahmad Kamil menjaringkan gol padang pada minit ke-60 sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Penjaga gol Malaysia Tigers, Nik Jeremy Haidi muncul wira apabila menyelamatkan dua pukulan penalti untuk mengesahkan tiket ke final.

Malaysia Tigers dijadual menentang Korea Selatan di venue yang sama pada Sabtu ini selepas skuad kendalian Suh Sangeun itu menewaskan Austria 4-3 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya