LONDON: Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Brighton 2-1 di laman sendiri untuk mereka berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kejayaan mengutip tiga mata penuh itu menyaksikan anak-anak buah Arne Slot berjaya memintas Manchester City yang tewas mengejut 1-2 kepada Bournemouth.
Dalam aksi di Anfiel itu, The Reds ketinggalan pada minit ke-14 selepas Brighton membuka tirai jaringan menerusi Ferdi Kadioglu yang menyudahkan hantaran Danny Welbeck.
Keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhir separuh masa pertama dan bersambung babak kedua, Liverpool Kembali Menyusun permainan untuk mencari gol penyamaan.
Usaha mereka berhasil apabila Cody Gakpo meledak gol pertama buat The Reds pada minit ke-69 untuk mencetuskan semangat bagi memburu gol kemenangan.
Penyerang sensasi The Reds, Mohamed Salah menceriakan penyokong mereka tiga minit kemudian apabila meledak gol kedua untuk keputusan memihak kepada mereka 2-1.