Liverpool bangkit benam Southampton 3-2

Liverpool bangkit benam Southampton 3-2

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti ketika perlawanan menentang Southampton di Stadium St Mary's, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOUTHAMPTON: Liverpool terus memanjat di puncak pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada lapan mata selepas bangkit menewaskan Southampton 3-2, sebentar tadi.

The Reds mendahului jaringan pada minit ke-30 hasil kesilapan Flynn Downes dihukum oleh Dominik Szoboslai untuk Liverpool.

Pasukan tercorot liga itu kemudian menyamakan kedudukan apabila Virgil van Dijk kehilangan bola memaksa Andy Robertson menjatuhkan Tyler Dibling.

Penjaga gawang The Reds, Caoimhin Kelleher berjaya menyelamatkan sepakan penalti Adam Amstrong namun beliau pantas merembat bola tepisan Kelleher untuk mengikat Liverpool.

Saints berjaya mendahului menerusi Mateus Fernandes pada minit ke-56 namun mereka terus melakukan kesilapan dengan penjaga gol, Alex McCarthy yang memberikan gol penyamaan kepada Mohamed Salah selepas tidak berada pada posisinya untuk mengutip hantaran jauh Ryan Gravenberch.

Salah kemudian memanfaatkan sepakan penalti sekali gus memastikan kemenangan untuk Liverpool. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya