Lebih 130 pemain meriahkan EC Elite Golf Classic 2024

Lebih 130 pemain meriahkan EC Elite Golf Classic 2024

PEMAIN bergambar sebelum memulakan kejohanan EC Elite Golf Classic 2024 yang berlangsung di Mahkota Golf and Country Club(MGCC), Kuantan, Pahang, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEBIH 130 pemain memeriahkan kejohanan EC Elite Golf Classic 2024 yang berlangsung di Mahkota Golf and Country Club(MGCC), Kuantan, Pahang, kelmarin.

Kejohanan anjuran EC Elite Alpha Sports itu menyediakan pelbagai hadiah menarik berjumlah keseluruhan RM130,000 itu dengan penampilan Adidas Malaysia dan Bestari Niaga Sdn. Bhd. sebagai penaja utama.

PARA pemenang setiap kategori bergambar bersama wakil-wakil penaja kejohanan.

Turut menaja kejohanan itu ialah Hoi Keen Servises Sdn. Bhd. yang meletakkan sebuah kereta Proton S70 kepada pemenang Hole In One dan Henn Motor Sdn. Bhd. yang mempertaruhkan sebuah motosikal Yamaha MT15 juga kepada pemenang Hole In One serta TrackMan yang menyediakan hadiah kepada pemenang pukulan (tee off) paling jauh.

Pada kejohanan itu, Mohd. Pizul muncul juara keseluruhan diikuti YK Ng Kiong (juara medal A), SR Hazlan Ghazali (juara medal B) dan Mohd. Rafi Abd. Hamid (juara medal C). Sementara itu, Mohd. Yusof Harun memenangi sebuah televisyen Samsung 65 inci selepas diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah utama.

MOHD. Yusof Harun (kiri) memenangi sebuah televisyen Samsung 65 inci selepas diumumkan pemenang cabutan bertuah utama.

Sementara itu, Kevin Ng Wei Zhang dari Adidas Malaysia berkata, pihaknya berasa teruja kerana dipilih menjadi salah satu penaja utama kejohanan EC Elite Golf Classic 2024.

“Seperti mana yang kita tahu bahawa kejohanan golf anjuran EC Elite Alpha Sports ini sentiasa mendapatkan sambutan hangat daripada setiap pemain sama ada dari Kuantan mahupun dari luar negeri Pahang.

“Kejohanan ini juga menjadi platform kepada Adidas untuk mempromosikan barangan-barangan keluarannya yang terkini kepada para pemain golf.

“Saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak penganjur dalam menjayakan kejohanan pada masa akan datang,” ujarnya pada majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang di MGCC, kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN