Laluan Selangor FC berliku

Laluan Selangor FC berliku

PEMAIN Muangthong United FC, Felicio Anando Forbes (dua kiri) mengasak Pemain Selangor FC, Ronnie Allan Fernandez (kanan) ketika Red Giants tumpas 1-2 kepada wakil Thailand itu pada perlawanan Liga Juara-Juara 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC memilih jalan sukar untuk ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas tewas 1-2 di tangan Muangthong United pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Red Giants ‘ditendang’ ke kedudukan ketiga Kumpulan H oleh wakil Thailand itu yang memintas mereka dengan kelebihan satu mata, sekali gus mengintai peluang untuk lolos ke pusingan 16 terbaik ACL2.

Ketika ini, Selangor mengumpul tujuh mata dan mereka wajib menang dalam perlawanan menentang Cebu FC di gelanggang lawan pada 5 Disember ini selain mengharapkan Jeonbuk Hyundai Motors sekurang-kurangnya mengikat Muangthong United.

Untuk rekod, Selangor menang 1-0 ke atas Cebu dalam pertembungan pertama hasil jaringan Yohandry Orozco. namun mereka perlu berwaspada kerana wakil Filipina itu pastinya mahu melakar kemenangan pertama dalam saingan ACL, biarpun sudah tersingkir.

“Kita boleh menang (ke atas Cebu FC). Kita kena main secara agresif dan dapatkan gol dan kita boleh menang untuk teruskan saingan (mara ke pusingan kalah mati) di sana,” kata pengendali baharu Selangor FC, Katsuhito Kinoshi selepas tewas kepada Muangthong United.

Keputusan itu juga menyaksikan bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan Serbia itu membuka kempen bersama Selangor FC langkah kiri dan beliau juga turut meminta maaf kepada penyokong Red Giants susulan gagal meraih tiga mata dan mengesahkan tiket lebih awal ke pusingan 16 ACL2.

Kini tumpuan Selangor FC teralih kepada saingan Piala Malaysia apabila akan berdepan Sri Pahang FC di Stadium MBPJ dalam aksi timbal balik pusingan 16 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam pertembungan pertama di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya