Klinik STL tarik 2,000 peserta

Klinik STL tarik 2,000 peserta

Klinik STL yang terakhir musim ini diadakan di Arena Larkin Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Klinik Sepak Takraw League (STL) yang diadakan pada musim ini berjaya menarik penyertaan hampir 2,000 peserta membabitkan lima lokasi termasuk di sekolah dan lokasi terpilih sepanjang jelajah STL berlangsung.

Program pembangunan bakat ini adalah inisiatif kelestarian Astro Arena bersama Astro Kasih dalam memupuk minat serta mengcungkil bakat-bakat muda dalam sukan sukan sepak takraw.

Ketua Kakitangan Astro dan Ketua Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Foo Su Lynn berkata, Astro bukan hanya sekadar menyiarkan kejohanan atau temasya sukan tetapi komited dalam memperkasa program pembangunan sukan akar umbi.

“Musim ini kami telah Berjaya mencipta impak yang lebih besar kepada komuniti khususnya golongan belia dengan mendorong bersemangat pelajar untuk beraspirasi tinggi mencipta kejayaan dalam sukan sepak takraw ini.

“Sebelum ini, Astro Kem Badminton telah merekrut seramai 21,300 anak-anak muda sejak 2012 dan 30 peratus daripada mereka kini telah bergelar pemain professional. Kini tiba masanya kami memperluaskan program pembangunan bakat melalui sukan tempatan

“STL yang sudah menjadi ikonik selama sedekad penganjurannya. Klinik STL yang memasuki tahun kedua ini adalah untuk memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meneruskan perjalanan menjadi pemain elit dan bertaraf dunia satu hari nanti.

“Kami berharap akan terus meningkatkan jumlah peserta dan akan memberi penambahbaikan di dalam musim akan datang, kami amat mengalu-alukan penglibatan sektor korporat tidak kira dalam apa jua bentuk sumbangan dalam melestarikan sepak takraw ini.

“Astro juga amat berbesar hati dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memberi pengiktirafan markah PAJSK berbentuk merit penglibatan dan penyertaaan peringkat negeri kepada pelajar-pelajar yang menyertai Klinik STL ini.” katanya.

Selain itu katanya, pada musim lalu menyaksikan seramai 1,500 orang perserta dan kini semakin berkembang dengan lebih ramai penyertaaan dan kemeriahan serta pelbagai kelainan dan suntikan semangat kepada perserta.

“Dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Klinik STL turut mendapat sentuhan serta bimbingan jurulatih-jurulatih profesional negara selain kehadiran pemain-pemain STL dan kebangsaan negara yang turut hadir memberi tunjuk ajar kepada
peserta.

“Selain berpeluang menyaksikan perlawanan STL dengan lebih dekat, peserta terbaik turut diberi peluang untuk beraksi di dalam gelanggang sebenar dan telah di siarkan secara langsung di Astro Arena,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya