KL Thunder tidak berpeluh benam MGPC Singapura

KL Thunder tidak berpeluh benam MGPC Singapura

AZLAN melakukan libasan ketika berdepan MGPC Singapura dalam aksi Kumpulan A STL Champions Cup 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Seperti dijangka Kuala Lumpur (KL) Thunder tidak berdepan masalah untuk menundukkan MGPC Singapura dalam aksi pembukaan Kumpulan A Sepak Takraw League (STL) Champions Cup 2024, sebentar tadi.

KL Thunder yang diwakili trio kebangsaan iaitu Syahir Rosdi (tekong), Amirul Zazwan (apit kiri) dan Azlan Alias (apit kanan) mempamerkan penguasaan penuh pada set pertama untuk menang menang 15-1 dalam masa 10 minit.

SYAHIR melakukan servis ketika berdepan MGPC Singapura dalam aksi Kumpulan A STL Champions CUp 2024.

Sedar trio MGPC Singapura tidak melawan, kem KL Thunder melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Syahir dan Azlan untuk memberi peluang kepada Zharif Merican dan Redwan Hakim beraksi pada set kedua.

Biarpun tidak membariskan pemain utama pada set kedua, penguasaan KL Thunder masih sukar digugat apabila berjaya melakar kemenangan 15-4 untuk menutup perlawanan dengan keputusan straight set.

Dalam perlawanan kedua esok, KL Thunder akan berdepan wakil Indonesia, Garuda Sepaktakraw, manakala MGPC Singapura akan berdepan Negeri Sembilan Antlers.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya