KL Rovers enggan jadi 'punching bag'

KL Rovers enggan jadi ‘punching bag’

Penyerang JDT, Jorge Obregon dikawal empat pertahanan KL Rovers pada perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2024/2024 di Stadium Sultan Ibrahim. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Corak permainan bertahan bakal diterapkan dalam corak permainan KL Rovers FC apabila di jadual menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Pengendalinya, Wan Mustafa Wan Ismail berkata, mereka akan menggunakan pendekatan yang sama seperti dilakukan pasukan itu dalam aksi pertama yang menyaksikan KL Rovers FC tewas 3-0 kepada Harimau Selatan.

Katanya lagi adalah penting untuk mereka mengelak daripada menjadi pasukan belasahan memandangkan JDT baharu sahaja tewas 1-0 kepada Shandong Taishan dalam aksi Liga Juara-Juara Elit (ACLE), Selasa lalu.

“Persiapan pasukan dilakukan secara sederhana dan ala kadar kerana semua orang sudah pun mengetahui keadaan pasukan kami (masalah tunggakan gaji). Namun, kami tetap akan bermain dengan berhati-hati seperti pusingan pertama yang mana kami lebih banyak bertahan.

“Kami tidak mahu jadi pasukan belasahan dan disebabkan itu kami kekalkan rentak yang sama. JDT pasti akan bangkit dan diharapkan mereka tidak menjadikan kami sebagai ‘punching bag’ untuk berlatih kerana selepas ini mereka akan menghadapi Buriram United (3 Disember),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Wan Mustafa turut memaklumkan dia sentiasa memberi kata-kata nasihat dan rangsangan kepada anak-anak buahnya untuk meneruskan saingan pada musim ini walaupun barisan pemainnya itu menghadapi masalah tunggakan gaji.

“Sudah lima bulan pemain tidak terima gaji. Saya selalu berkata kepada mereka bahawa jadikan pentas piala Malaysia sebagai peluang keemasan untuk membuktikan kebolehan masing-masing kerana pada waktu ini mereka boleh menarik perhatian pasukan lain.

“Malah, saya selalu menasihati pemain supaya menjaga periuk nasi mereka kerana jika mereka tidak turun beraksi (boikot) masalah lain pula timbul seperti pasukan didenda dan digantung,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya