Kenapa Arif Aiman tidak kena kad merah?

Kenapa Arif Aiman tidak kena kad merah?

ARIF Aiman terlibat terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemain Perak FC dalam aksi Liga Super di SSI semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat bola sepak tempatan mempersoalkan keputusan pengadil, Razlan Joffri Ali yang tidak melayangkan kad merah terhadap pemain sayap Johor Darul Tak’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim semalam, Arif Aiman jelas dilihat menumbuk pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada selepas kedua-dua pemain itu terlibat alam perlanggaran pada separuh masa kedua

Ketika insiden yang tercetus pada minit ke-83 itu, Tommy dilihat mengasari Arif Aiman dan situasi itu mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua pemain sebelum rakan sepasukan dan Razlan meleraikan pergaduhan itu.

Razlan dilihat melayangkan kad kuning sebelum Arif Aiman menumbuk muka Tommy, namun peminat bola sepak tempatan hairan kenapa kad merah tidak dilayangkan selepas pemain JDT itu bertindak sedemikian.

Tindakan sedemikian menunjukkan Arif Aiman tiada semangat kesukanan selain Razlan juga seolah-olah gagal mengawal perlawanan dengan baik keputusan yang tidak konsisten.

Untuk rekod, penyerang JDT, Bergson da Silva pernah dilayangkan kad merah kerana menumbuk kepala pertahanan Kedah, Rodney Calvin pada musim 2022.

Selain itu, pemain PKNP FC, Muhammad Fadhil Idris yang menumbuk muka pemain Terengganu FC, Issey Farran Nakajima pada 2017 turut dilayangkan kad merah dan digantung empat perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam pada itu, penyokong turut mempersoalkan tindakan Razlan yang tidak memberikan sepakan penalti pada minit ke-37 kepada Perak selepas Feroz Baharudin mengasari Clayton Silveira biarpun insiden itu disemak video bantuan pengadil (VAR).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya