KDA FC untuk dijual

KDA FC untuk dijual

Pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Mohd. Daud Bakar bersedia untuk melepaskan pegangan saham KDA FC,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kemelut yang melanda Kedah Darul Aman (FC) memasuki fasa baharu apabila pemiliknya, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar bersedia untuk ‘menjual’ kelab berkenaan kepada mana-mana pihak yang berminat.

Dr. Mohd Daud berkata, pemegang saham KDA FC tiada halangan untuk mempertimbangkan mana-mana tawaran yang munasabah serta tulen demi kepentingan dan kelangsungan pasukan pada masa akan datang.

“Kesediaan dan keberanian untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC adalah amat dihargai memandangkan perniagaan dalam industri sukan bola sepak terlalu mencabar,” katanya.

Ketika ini, skuad kendalian Nafuzi Zain itu berdepan masalah tunggakan gaji mencecah tujuh bulan, sekali gus memberi tekanan kepada pemain untuk meneruskan aksi terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Tawaran terbuka Dr. Mohd. Daud itu pantas ‘disahut’ oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan DSAT, Datuk Seri Azizul Tandek yang berminat membeli kelab berkenaan dan akan mengutuskan surat tunjuk minat atau surat tawaran kepada KDA FC.

“Kami akan mengutuskan surat berkenaan secara rasmi untuk pengambil alihan keseluruhan saham kepada pihak Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar selewat-lewatnya pada Ahad ini (esok).

“Dengan kenyataan dikeluarkan Tan Sri selaku pemilik majoriti KDA FC ini, ianya dilihat memberi harapan kepada kami untuk memiliki KDA FC dan sekaligus dapat membantu meringankan beban ditanggung beliau,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya