JDT yakin ke suku akhir Piala Malaysia

JDT yakin ke suku akhir Piala Malaysia

HEBERTY melakukan sepakan akrobatik pada perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2024/2024 menentang KL Rovers di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui pasukannya sudah sebelah kaki melangkah ke pusingan suku akhir selepas menewaskan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) 3-0 pada perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2024-2025, kelmarin.

Berbekalkan tiga gol di tempat lawan itu, tampak mustahil bagi kelab Liga A1 Semi Pro untuk mempamerkan kebangkitan ke atas Harimau Selatan pada aksi kedua yang berlangsung di stadium keramat JDT, Stadium Sultan Ibrahim selepas ini.

Pengendali kelahiran Argentina itu amat berpuas hati dengan keputusan yang berjaya dirakam setelah menurunkan skuad kedua bagi aksi tersebut.

“Sudah tentu saya berpuas hati dengan keputusan yang diraih, ia merupakan bekalan yang cukup selesa.

“Walaupun pasukan tidak beraksi seperti yang diharapkan, mereka sudah melakukan yang terbaik. Tambahan pula pemain lawan banyak berkampung di kawasan sendiri, ia merencatkan perancangan kami,” katanya.

Pada perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia itu, Heberty Fernandes muncul wira JDT apabila meledak hatrik membantu pasukan meraih kemenangan 3-0.

Dalam pada itu, ketua jurulatih berusia 56 tahun itu berkata, keputusan menurunkan pemain yang jarang beraksi sebagai satu keputusan yang tepat bagi meningkatkan keyakinan mereka selain membantu mendapatkan minit permainan.

Pemain bawah 23 tahun yang diberikan tempat dalam kesebelasan utama ialah Ahmad Aysar Hadi Mohd. Shapri, Alif Abdul Mutalib dan Daryl Sham turut melaksanakan tugas dengan baik.

“JDT mempunyai skuad yang besar dan saya meletakkan kepercayaan tinggi kepada setiap pemain, mereka semua pemain yang bagus cuma ada masanya sukar mendapat tempat dalam pasukan.

“Saya kira mereka sudah memberikan 100 peratus di atas padang, cumanya pihak lawan terlalu bertahan, sukar untuk mencipta gerakan. Begitu juga pemain bawah 23 tahun, walaupun aksi skuad pertama lebih laju, mereka dapat mengikut rentak pemain senior,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya