Impian Selangor curi mata tidak kesampaian

Impian Selangor curi mata tidak kesampaian

PENYERANG Selangor, Roni Fernandez (tengah) dikawal ketat pertahanan Jeonbuk Hyundai Motors FC. -IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian Selangor FC untuk mencuri mata dalam aksi menentang Jeonbuk Hyundai Motors FC tidak kesampaian pabila tumpas 0-1 kepada wakil Korea Selatan itu di Stadium Piala Dunia Jeonju, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan rekod tanpa kalah Gergasi Merah dalam dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) lebur, manakala Jeonbuk berjaya membalas dendam kekalahan pada pusingan pertama pada bulan lalu.

Kekalahan itu perlu dibayar dengan harga mahal oleh Selangor apabila mereka ditolak oleh Jeonbuk ke tangga kedua Kumpulan H dengan tujuh mata, manakala wakil Korea Selatan itu dipuncak dengan sembilan mata.

Dalam aksi berkenaan, gol kemenangan Jeonbuk dihasilkan oleh Tiago pada minit ke-20 selepas berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan sudut untuk menumpaskan Azim Al Amin.

Tersentak engan jaringan itu, Selangor yang dibimbing jurulatih sementara, Abdi Hassan cuba melakukan asakan menerusi Alvin Fortes dan Ali Olwan, namun gagal menemui sasaran.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol buat pasukan masing-masing, namun kekentalan jentera pertahanan menafikan deretan peluang terhidang.

Pertembungan itu berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada Jeonbuk sehingga wisel penamat dibunyikan untuk tuan rumah mengutip tiga mata penuh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya