GP Valencia dibatalkan atau ditukar ke litar lain?

GP Valencia dibatalkan atau ditukar ke litar lain?

AKSI Pelumba pasukan Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia di MotoGP pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia Petronas di Litar Antarabangsa Sepang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ribut taufan yang melanda Valencia, Sepanyol, kelmarin menimbulkan persoalan sama ada Grand Prix (GP) Motosikal Valencia mampu dilangsungkan di sana atau berdepan pelbagai kemungkinan sama ada dibatalkan atau ditukar ke litar lain.

Juara bertahan MotoGP, Francesco Bagnaia atau lebih mesra dengan panggilan Pecco berkata, dia lebih rela tidak berlumba di Valencia bagi menghormati mangsa bencana banjir.

“Amat penting untuk kita membincangkan mengenai apa yang berlaku di Valencia. Mereka kini berdepan iguan buruk dan kita perlu bersimpati dengan nasib yang melanda penduduk di sana.

“Apa yang lebih penting pada ketika ini ialah etika kita berdepan dengan situasi ini kerana berlumba di sana seolah-olah kita berpesta sedangkan penduduk di Valencia sedang berduka,” katanya pada sidang media menjelang GP Motosikal Malaysia Petronas 2024 di Litar Antarabangsa Sepang.

Valencia dijadualkan menjadi tuan rumah Kejuaraan Motosikal Dunia pada 15-17 November ini, tetapi banjir teruk yang melanda menyulitkan lagi keadaan selepas lebih 100 orang terkorban dilaporkan setakat ini.

Pecco yang bernaung di bawah pasukan Ducati Lenovo Team itu memberitahu, amat penting untuk semua pihak menghormati musibah yang menimpa pendudukan Valencia kerana semua orang menghuni di bawah langit yang sama.

“Jika saya diberi pilihan, saya tidak akan berlumba di sana, tetapi, bukan saya yang akan memutuskannya dan saya berharap Dorna (pemegang hak penganjuran MotoGP) bersikap adil, saya rasa kita mempunyai banyak pilihan lain,” ujarnya.

Pelumba Itali itu yang ketinggalan 17 mata di belakang pendahulu MotoGP, Jorge Martin, bagaimanapun, tidak bersetuju perlumbaan pusingan terakhir itu dibatalkan.

Martin turut sependapat dengan Pecco dan dia lebih rela berlumba di trek berbeza dengan Litar Assen di Belanda menjadi pilihannya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya