PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara kalah buat kali kedua dalam kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) apabila giliran China membelasah Malaysia 5-0 Stadium Hoki Rajgir, India, sebentar tadi.
Begitupun, pujian harus diberikan kepada Malaysia Tigress apabila mengekalkan keduduan 0-1 sehingga separuh masa pertama berakhir.
China berada di depan seawal minit ke-12 menerusi gol padang Yu Anhui.
China merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2024 terpaksa menanti sehingga minit ke-41 untuk menggandakan jaringan menerusi pukulan sudut penalti Tan Jinzhuang.
Lapan minit kemudian pasukan bimbingan Huang Yongsheng menambah gol ketiga hasil pukulan sudut penalti Wang Lihang.
Jinzhuang menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-55 hasil pukulan sudut penalti sebelum Hao Guoting meledak gol kelima pada minit ke-57.
Skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim dijadual bertemu Korea Selatan pada Khamis ini. – UTUSAN