Ghaddar mahu bantu KDN FC kutip bekalan selesa

Ghaddar mahu bantu KDN FC kutip bekalan selesa

MOHAMAD Fazrul Amir Md. Zaman (tengah) tekad menggunakan pengalaman bersama Harimau Malaya untuk membantu KDN FC mengutip bekalan selesa ketika menentang Perak FC pada perlawanan pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia di Stadium MBPJ, Selangor, malam esok. - FOTO: IHSAN KDN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyerang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) Mohamad Fazrul Amir Md. Zaman mahu menggunakan sepenuhnya pengalaman yang dikutip di kem kebangsaan untuk membantu pasukan menentang Perak FC pada aksi Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Selangor esok.

Beliau yang lebih popular dengan gelaran Ghaddar berkata, momentum yang diperoleh ketika beraksi sebagai pemain gantian semasa Harimau Malaya menentang Laos dan India diharap dapat diteruskan pada perlawanan tersebut.

“Satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan apabila diberikan peluang bersama pasukan kebangsaan. Saya yakin pengalaman ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin semasa pertemuan dengan Perak nanti.

“Apa yang penting, momentum yang saya peroleh semasa bermain bersama Harimau Malaya dapat diteruskan sekali gus mampu membantu KDN FC meraih bekalan selesa sebelum perlawanan kedua Piala Malaysia nanti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ghaddar memberitahu, dengan hasil positif daripada latihan yang dijalani serta prestasi pasukan yang kian meningkat, dia yakin KDN FC mempunyai peluang sama rata dengan pasukan lain untuk mara ke pusingan seterusnya.

Katanya, apa yang perlu dilakukan oleh pasukan kendalian Parik Jaehong itu adalah sentiasa berhati-hati sepanjang perlawanan dan tidak boleh bersikap terburu-buru.

“Perak pernah menewaskan kami sekali pada musim ini tetapi KDN FC pada masa kini sudah berubah. Perak pasti hadir dengan penuh waspada kerana mereka masih ada perlawanan di gelanggang sendiri nanti.

“Kami perlu berjuang berhabis-habisan dan cuba mendapatkan bekalan selesa agar perjalanan perlawanan kedua saingan Piala Malaysia nanti lebih mudah dan kurang tekanan,” ujarya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya