Era baharu Harimau Malaya

Era baharu Harimau Malaya

DION Cools antara tonggak warisan berkualiti yang berada dalam skuad Harimau Malaya ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin yang bakal menerajui ‘unit khas’ skuad Harimau Malaya bakal diumumkan bulan depan, sekali gus menandakan bermulanya era baharu skuad kebangsaan.

Ketika ini, timbul persoalan individu mana yang bakal diberikan tanggungjawab untuk menerajui unit berkenaan bagi membawa skuad bola sepak kebangsaan ke puncak kegemilangan.

“Ia (unit khas) akan diumumkan kemudian dalam (bulan) Disember. Tunggu, (siapa yang akan ketuai unit khas) akan diumumkan. Jurulatih tidak ada (perubahan), ini untuk struktur saja.

“Setakat ini ada pasukan senior dan bawah 23 (B-23) tahun, kemungkinan ada B-19, apa pun itu semua nanti akan diumumkan,” Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman

Sebelum ini, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mendedahkan unit khas itu tetap berada di bawah seliaan FAM dengan objektif penubuhan untuk memantau dan mengendalikan skuad kebangsaan secara khusus.

Terbaharu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerusi InstaStory miliknya berkongsi struktur organisasi yang dipercayai unit baharu yang akan menguruskan Harimau Malaya.

Menerusi gambar yang dikongsikan Tunku Mahkota Ismail itu, terdapat posisi Bola Sepak Antarabangsa/Penasihat Sukan diletakkan dalam struktur organisasi berkenaan selain Ketua Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi dan Ketua Prestasi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN