Arif Aiman, Tommy patut kena kad merah- TMJ

Arif Aiman, Tommy patut kena kad merah- TMJ

Arif Aiman terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemain Perak FC semalam di Stadium Sultan Ibrahim- IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berpandangan Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada sepatutnya dilayangkan kad merah selepas kedua-dua pemain terlibat dalam pergaduhan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), semalam.

Baginda yang juga pemilik Johor Darul Tak’zim (JDT) berkata, pengadil sepatutnya memberikan kad merah kepada kedua-dua pemain terbabit selepas terlibat dalam pergaduhan.

Insiden berkenaan tercetus pada minit ke-83 selepas Tommy mengasari Arif Aiman dan situasi itu mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua pemain dengan pemain sayap Johor Darul Tak’zim (JDT) itu dilihat menumbuk pemain Perak FC tersebut.

“Ref (pengadil) patut (berikan) red card (kad merah) untuk kedua-dua pemain bergaduh,” kata Tunku Mahkota Ismail kepada Utusan Malaysia ketika ditanya tentang insiden melibatkan Arif Aiman dan Tommy, semalam.

Dalam aksi itu, pengadil, Razlan Joffri Ali sekadar melayangkan kad kuning terhadap Arif Aiman biarpun jelas pemain itu dilihat menumbuk Tommy sebelum dileraikan rakan sepasukan.

Dalam perkembangan sama, Tunku Mahkota Ismail turut berpandangan bahaw Perak FC sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti susulan kekasaran dilakukan pertahanan, Feroz Baharudin ke atas pemain Perak FC, Clayton Silveira pada minit ke-37.

“Feroz 50/50 challenge (mencabar bola) saya tak tahu. But (tapi kalau saya ref(pengadil) bagi saja penalti pada Perak. Apa-apa keputusan kita terima,” kata Tunku Mahkota Ismail.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN