Aksi Sri Pahang menentang Kuching City ditangguh

Aksi Sri Pahang menentang Kuching City ditangguh

AKSI Sri Pahang menentang Kuching City di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh terpaksa ditangguh kerana hujan lebat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Aksi Sri Pahang FC menentang Kuching City FC terpaksa ditunda ke tarikh lain selepas padang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh ditakungi air akibat hujan lebat.

Perlawanan berkenaan dimulakan ketika hujan renyai dan bertambah lebat sehingga menjejaskan pergerakan bola di kawasan permainan kerana padang yang becak dan basah.

Kadaan itu menyaksikan perlawanan terpaksa ditangguh pada minit ke-30 pada kedudukan 0-1 memihak kepad pasukan pelawat yang menemui sentuhan jaringan menerusi Yuki Takigawa pada minit ke-13.

Sri Pahang yang turun tanpa penyerang Kpah Sherman selepas digantung satu perlawanan kerana menerima tiga kad kuning sebelum ini dilihat banyak melancarkan serangan balas.

Bagaimanapun, tiada jaringan berjaya dihasilkan kerana hantaran bola sering tersekat dan pergerakan pemain juga terbatas kerana padang dibanjiri air, sekali gus memaksa perlawanan di tangguhkan pada minit ke-30 separuh masa pertama.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya