Aaron-Wooi Yik tidak akan tekan ‘brek’ di Shenzen

Aaron-Wooi Yik tidak akan tekan ‘brek’ di Shenzen

Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik bermula langkah kanan di Kejohanan Badminton China Masters di Shenzen, China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak akan menekan ‘brek’ dalam perebutan tempat ke Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, Disember ini, selepas mara ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton China Masters di Shenzen, China, hari ini.

Pasangan yang kini melonjak ke ranking No. 5 dunia itu melepasi ujian getir setelah membenam beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-12, 21-18 pada peringkat 32 terbaik.

Kemenangan tersebut amat penting buat Aaron-Wooi Yik yang kini berada di tangga kesembilan dalam ranking Jelajah Dunia untuk terus menokok mata pada kejohanan yang menawarkan kutipan mata besar kerana berstatus Super 750.

Dengan rakan seperjuangan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani telahpun mengesahkan tempat mereka ke Hangzhou, kini pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu perlu bersaing dengan satu lagi beregu Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menghuni tempat ketujuh.

Untuk makluman, hanya tiga slot yang masih tinggal dengan Wei Chong-Kai Wun menghuni tangga terakhir (No. 7) memandangkan satu lagi tempat telahpun diisi beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin yang layak secara automatik selaku juara Olimpik.

Satu lagi pasangan yang mampu menjadi penghalang ialah Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang berada di kedudukan kelapan dan beregu Indonesia itu turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan rakan senegara, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 21-16, 21–17.

Aaron berkata, sesiapapun yang menjadi pesaing dia dan Wooi Yik, ia dilaksanakan secara adil walaupun pencabar mereka hadir daripada rakan senegara.

“Sudah tentu semua orang mahu mara sehingga ke perlawanan akhir di Shenzen dan pertarungan ini dilakukan secara adil.

“Apa yang penting percaya kepada diri sendiri dan mengharungi cabaran ini perlawanan demi perlawanan,” katanya ketika ditemu bual Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Aaron-Wooi Yik perlu memastikan mereka menamatkan aksi pada China Masters di kedudukan yang lebih baik berbanding dua pencabar mereka itu untuk berada dalam zon kelayakan.

Sementara itu, turut mara ke pusingan seterusnya, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang mengalahkan Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dari Jepun 21-23, 21-14, 21-13, manakala, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong menewaskan wakil Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul 21-19, 21-15.

Dalam aksi beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menumpaskan Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan dari Taiwan 21-23, 21-9, 21-12, manakala, dua lagi wakil negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dan Goh Jin Wei terkandas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya