Arif Aiman, Tommy Mawat digantung tiga perlawanan

Arif Aiman, Tommy Mawat digantung tiga perlawanan

Pengadil Razlan Joffri Ali (dua dari kiri) cuba meleraikan pergaduhan antara Arif Aiman Hanapi (JDT) dan Tommy Mawat (Perak) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada masing-masing digantung tiga perlawanan selepas terlibat dalam pergaduhan pada aksi Liga Super pada 10 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu berkata, Arif Aiman telah melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang menyinggung dan fair play, akibat daripada tindakannya menumbuk di bahagian muka sebelah kiri Tommy Mawat pada perlawanan tersebut.

“Pemain ini (Arif Aiman) dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan iaitu perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024-2025 menentang Kuala Lumpur Rovers FC pada 20 dan 30 November 2024 serta perlawanan Liga Super 2024-2025 menentang Kuala Lumpur City FC pada 8 Disember 2024.

“Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya, Tommy Mawat turutmelanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang menyinggung dan fair play, akibat daripada tindakannya menanduk kepala dan seterusnya mencengkam leher sebelah kiri Arif Aiman pada perlawanan tersebut.

“Pemain ini (Tommy Mawat) dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan iaitu perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024-2025 menentang Kelantan Darul Naim FC pada 22 dan 30 November 2024 serta perlawanan Liga Super 2024-2025 menentang Kedah Darul Aman FC pada 4 Disember 2024.

“Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya