United perlu bayar RM98.2j jika pecat Ten Hag  

United perlu bayar RM98.2j jika pecat Ten Hag  

SETAKAT ini belum ada kata putus mengenai masa depan Erik ten Hag di Manchester United. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jim Ratcliffe mengelak daripada bertembung dengan pihak media selepas bermesyuarat selama tujuh jam bersama pemimpin tertinggi Manchester United di London, semalam.

Sehingga kini, tiada sebarang perkembangan terbaharu tentang masa depan Erik Ten Hag bersama United, biarpun ada khabar angin yang mengatakan pengurus Belanda itu akan kekal di Old Trafford.

Ratcliffe bertemu dengan beberapa pemimpin utama kelab di London susulan permulaan terburuk United musim ini dengan beliau tiba Bersama Dave Brailsford dan pengarah sukan, Dan Ashworth.

Bagaimanapun, Ratcliffe tidak memberikan sebarang maklumat mengenai kedudukan pengurus itu selepas mesyuarat dengan Ketua INEOS berusia 71 tahun itu meninggalkan bilik mesyuarat menerusi pintu belakang.

Tanpa sebarang kemenangan dalam lima perlawanan bagi semua pertandingan, Ten Hag berdepan rehat tugasan antarabangsa dengan masa depannya tidak menentu Ketika ini.

Tindakan Ratcliffe yang tidak memberikan ulasan menyebabkan peminat tertanya-tanya sama ada Ten Hag masih mengendalikan pasukan bagi aksi mereka berikutnya menentang Brentford di Old Trafford pada 19 Oktober ini.

Jika beliau dipecat, Ten Hag dijangka menerima pampasan besar selepas menandatangani sambungan kontrak setahun pada musim panas lalu.

Berdasarkan perkiraan, Ten Hag berhak mendapat pampasan £17.5 juta (RM98.2 juta), satu daripada yang terbesar dalam sejarah United.

Penolong Ten Hag dan legenda kelab, Ruud Van Nistelrooy dijangka menjadi pilihan untuk menjadi bos United berikutnya secara sementara sebelum pengumuman pengendali baharu secara tetap.

Bekas bos England, Gareth Southgate, bekas pengurus Bayern, Thomas Tuchel, bekas ketua jurulatih Chelsea, Graham Potter, bos Ipswich, Kieran McKenna dan jurulatih yang pernah menjadi sasaran Liverpool, Ruben Amorim antara calon lain untuk menggantikannya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya