Tiket ‘wildcard’ peluang pelumba tempatan di MotoGP

Tiket ‘wildcard’ peluang pelumba tempatan di MotoGP

EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif bergambar selepas sidang akhbar Kerjasama Strategik Litar Antarabangsa Petronas Sepang & Tourism Selangor Sempena Tahun Melawat Selangor 2025 di PETRONAS Sepang International Circuit baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pemberian tiket jemputan (wildcard) dilihat masih lagi relevan untuk diteruskan pada masa kini atau akan datang dalam usaha bagi memberi peluang kepada pelumba tempatan menimba pengalaman bersaing di dalam Kejuaraan Motosikal Dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berkata, ia adalah platform untuk pelumba-pelumba berkenaan mengukur tahap di mana mereka berada berbanding pesaing yang beraksi selaku pelumba tetap.

“Wildcard masih relevan atau tidak, ada sahaja penyertaan pelumba Malaysia yang menyertai di atas kapasiti tersebut dan bagi saya ia masih relevan sebab ia merupakan satu platform untuk pelumba menerima pendedahan mahupun pengalaman dalam kejuaraan dunia,” katanya kepada pemberita di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, penyertaan pelumba ‘wildcard’ bukan sekadar berlumba dalam Grand Prix, tetapi, mereka akan melalui fasa persediaan dan pendedahan sewajarnya.

Jelasnya, jika tiket ‘wildcard’ tidak disediakan, maka, kesempatan untuk merasai pengalaman sebenar beraksi dengan pelumba-pelumba handalan dunia tidak ada.

“Daripada pelumba ‘wildcard’, pelumba-pelumba ini mungkin berpeluang bersaing dalam kejuaraan dunia, jadi, sekurang-kurangnya pendedahan itu dapat juga dimanfaatkan mengukur kemampuan diri,” ujarnya.

Mengulas pula mengenai pelumba tempatan di dalam kejuaraan dunia, Azhan Shafriman memberitahu, sejak Syarifuddin Azman atau Damok tidak lagi berlumba dalam Moto3, pihaknya masih belum mampu mengisi kekosongan tersebut.

Katanya, pada ketika ini, SIC memiliki pelumba berbakat yang masih muda iaitu Muhammad Hakim Danish Ramli, tetapi, pelumba remaja itu hanya layak beraksi pada 2026 jika ada pasukan dan penaja yang mahukan khidmatnya.

“Dengan Hakim Danish, kita tahu dia seorang pelumba berbakat besar, cuma dia perlu menghasilkan prestasi konsisten dalam setiap perlumbaan sebelum berjinak-jinak di dalam kejuaraan dunia.

“Insya’Allah kita cuba bawa masuk Hakim Danish pada 2026, untuk tahun depan tak sempat, usianya belum mencapai 18 tahun, buat masa ini kita ada menjalinkan kerjasama dengan MT-Helmets yang memiliki prestasi baik dalam kejuaraan dunia.

“Kita harap prestasi Hakim Danish lebih konsisten tahun depan, apabila tiba masanya nanti saya harap ada pasukan yang sesuai untuk dia beraksi dalam Moto3,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya