Tiket ‘wildcard’ masih relevan

Tiket ‘wildcard’ masih relevan

HELMI dijangka meraih tiket ‘wildcard’ untuk beraksi bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas pada pada 1 hingga 3 November ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pemberian tiket ‘wildcard’ kepada pelumba negara untuk bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas pada pada 1 hingga 3 November ini masih lagi relevan.

Tanpa kelibat pelumba tempatan dalam Grand Prix (GP) Malaysia Petronas juga mungkin hilang serinya kerana peminat tanah air juga mahu menyaksikan pelumba negara bersaing di pentas tertinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berkata, ia juga adalah platform untuk pelumba tempatan mengukur tahap di mana mereka berada berbanding pesaing yang beraksi selaku pelumba tetap.

“Wildcard masih relevan atau tidak, ada sahaja penyertaan pelumba Malaysia yang menyertai di atas kapasiti tersebut dan bagi saya ia masih relevan sebab ia merupakan satu platform untuk pelumba menerima pendedahan.

“Daripada pelumba ‘wildcard’, pelumba-pelumba ini mungkin berpeluang bersaing dalam kejuaraan dunia, jadi, sekurang-kurangnya pendedahan itu dapat juga dimanfaatkan mengukur kemampuan diri,” katanya.

Menurut sumber Utusan Malaysia, wakil negara yang dijangka mengisi dua slot wildcard tersebut ialah pelumba sama yang beraksi pada GP Malaysia tahun lalu iaitu Muhammad Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar.

Jika benar, maka, baik Helmi mahupun Azroy akan tampil buat kali kedua dan ketiga selaku pelumba jemputan di Litar SIC Petronas dengan kedua-duanya berkemungkinan besar akan bernaung di bawah pasukan Petronas MIE Racing.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kategori yang bakal disertai pelumba ‘wildcard’ negara sama ada dalam Moto2 atau Moto3, tetapi, jika penyertaan tahun lepas diambil kira, maka, Moto2 mungkin menjadi pilihan penaja.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya