Tiga mata lebih penting- Nidzam

Tiga mata lebih penting- Nidzam

PENYERANG Selangor, Ronnie Fernandez dikawal ketat oleh pemain Dynamic Herb Cebu FC pada perlawanan Liga Juara-Juara II (ACL II), kelmarin. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Selangor FC (SFC), Nidzam Jamil tetap berpuas hati dengan corak permainan pasukan meskipun hanya mampu mencatat kemenangan 1-0 ke atas kelab Filipina, Cebu FC dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) kelmarin.

Beberapa deretan peluang yang sepatutnya disudahkan dengan jaringan telah dipersia-siakan jentera serangan skuad Merah Kuning dalam aksi yang dikuasai sepenuhnya oleh tuan rumah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sekali gus mengundang kritikan oleh peminat-peminat.

Nidzam bagaimanapun kekal tenang dan menegaskan beliau gembira dengan keputusan tipis ini kerana apa yang lebih mustahak adalah Selangor meraih tiga mata penuh.

“Kita rasa gembira dengan kemenangan ini dan empat mata daripada dua perlawanan, dan ini permulaan yang baik selepas tujuh, lapan tahun tidak berada dalam pertandingan ini (ACL II).

“Sudah tentu jangkaan cukup tinggi tapi inilah bola sepak, di akhirnya memungut mata amat penting. Ini permulaan yang baik untuk pasukan mulakan kempen ini.

“Saya lebih takut kalau kita tak mencipta peluang. Kalau kita terus mencipta (peluang) seperti ini, saya rasa masih ada harapan.

“Kalau kita tak mencipta langsung (peluang) dalam bola sepak, saya rasa kita perlu periksa semula, apa yang saya nak sampaikan di sini adalah kita tidak dibolosi dan kita menjaringkan gol,” katanya.

Kejayaan mengutip tiga mata itu meletakkan Red Giants di tangga kedua dengan mengumpul empat mata selepas terikat 1-1 pada aksi pertama dengan Muangthong United dari Thailand.

Dalam perlawanan itu, gol tunggal pada minit ke-10 daripada Yohandry Orozco berjaya memastikan Selangor meraih tiga mata pertama dalam saingan ACL2.

Selepas ini, lawan Red Giants lebih sukar apabila dijadual menentang Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan di Stadium MBPJ pada 23 Oktober ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya