Tiga badang negara sertai kejohanan dunia

Tiga badang negara sertai kejohanan dunia

MOHAMAD ANIQ Kasdan menjadi sandaran negara di Kejohanan Dunia Angkat Berat di Bahrain pada 4 hingga 15 Disember ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) meletakkan sandaran kepada tiga badang negara, Muhamad Aznil Bidin, Mohamad Aniq Kasdan Muhammad Erry Hidayat dalam menghadapi Kejohanan Dunia Angkat Berat di Bahrain pada 4 hingga 15 Disember ini.

Presidennya Datuk Ayub Rahmat bagaimanapun berkata pihaknya tidak menolak untuk menambah dua lagi wakil untuk dibawa bersama menyertai kejohanan tersebut.

“Kejohanan di Bahrain kita akan hantar atlet berpengalaman dan mungkin kita akan tambah lagi dua atlet namun bergantung kepada jawatankuasa atlet untuk membuat penilaian.

“Ini adalah kejohanan terdekat yang akan kami sebagai persiapan menghadapi Sukan Komanwel 2026 dan selepas itu kami perlu menunggu kalender yang dikeluarkan oleh IWF (Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa).

“Kami akan menilai kejohanan yang perlu disertai pada tahun hadapan sebagai persiapan untuk memperkukuhkan pasukan kebangsaan bagi menghadapi Sukan Komanwel 2026.

“Sasaran di Sukan Komanwel 2026 juga akan diumumkan selepas kami membuat penilaian terhadap atlet serta mengambil kira faktor pihak lawan,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Katanya lagi PABM turut mengenal pasti beberapa atlet untuk diserap menyertai skuad kebangsaan selepas mereka bertindak cemerlang membawa pulang lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Fiji, bulan lalu.

“Atlet yang dihantar ke Fiji baru-baru ini ada di antara mereka pelapis jadi kami telah lakukan pemilihan untuk menyerap masuk mana yang sesuai ke dalam skuad kebangsaan,” katanya.

Sebagai rekod, skuad angkat berat negara menyumbang dua pingat emas di Sukan Komanwel 2022 menerusi Aniq dalam kategori 55 kilogram (kg) dan Aznil (61 kg) serta satu perak daripada Erry (73 kg).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya