‘Terima kasih Pak Hendrawan’

‘Terima kasih Pak Hendrawan’

LEE CHONG WEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui adalah sukar buat dirinya untuk melihat bekas jurulatihnya, Hendrawan yang sudah tidak lagi bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Hendrawan antara individu yang bertanggungjawab membantu Chong Wei memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016 dan bekas pemain No. 1 dunia itu mengakui bekas jurulatihnya banyak membantunya mencipta kejayaan.

Chong Wei berkata, hubungannya bersama Hendrawan bukan sekadar jurulatih malah lebih daripada itu apabila pengendali berusia 52 itu sering berada disampingnya ketika waktu sukar mahupun senang.

“Jurulatih Hendrawan, anda lebih daripada mentor, anda seperti figura seorang abang. Kesabaran, pengetahuan, sema­ngat terhadap perlawanan tiada tandingan. Ya, sudah tentu anda menyumbang kepada kejayaan saya.

“Kami telah mengalami detik-detik keseronokan, dan air mata! Walaupun anda akan menghadapi cabaran lain, pengaruh anda terhadap kerjaya saya dan badminton Malaysia akan kekal seumur hidup. Terima kasih untuk segalanya, jurulatih.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya dalam pengembaraan akan datang. Sekali seorang jurulatih, sentiasa seorang jurulatih, tidak kira di mana anda berada. Terima kasih, Pak Hendrawan!,” tulis Chong Wei di akaun Facebook miliknya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan BAM membuat keputusan tidak menyambung kontrak jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan selepas 15 tahun menerajui barisan kejurulatihan tersebut.

Selain Chong Wei, Hendrawan turut melatih Lee Zii Jia sebelum menjadi pemain profesional pada 2022 dan membimbing Ng Tze Yong.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata keputusan itu diambil selepas melakukan penstrukturan semula barisan kejurulatihan badan induk itu bermula musim depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN