Terengganu muncul juara keseluruhan SUKSEM 2024 - Utusan Malaysia

Terengganu muncul juara keseluruhan SUKSEM 2024

SEBAHAGIAN daripada atlet kontinjen Terengganu bergambar selepas muncul juara keseluruhan SUKSEM 2024 di Kuala Terengganu, malam tadi. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tuan rumah, Terengganu, muncul juara keseluruhan Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Se-Malaysia (SUKSEM) 2024 yang melabuhkan tirainya, di sini, semalam.

Kontinjen Terengganu nyata unggul setelah menyapu bersih lapan daripada 10 pingat emas yang dipertaruhkan menerusi sukan badminton, boling padang, boling dan sukan elektronik (e-sport).

Tuan rumah turut merangkul pingat emas acara karom, ping-pong, sepak takraw serta ibu segala pingat, bola sepak sekaligus mengutip 89 mata keseluruhan di kedudukan pertama.

Sementara itu, kontinjen Sabah di tempat kedua dengan 33 mata selepas merangkul lima pingat emas dan satu gangsa diikuti Perak yang meraih dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Majlis perasmiam penutup SUKSEM 2024 disempurnakan SUK Terengganu, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil yang turut mengumumkan Perak sebagai tuan rumah edisi ke-10 pada 2026.

“Tahniah kepada kontinjen yang bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi sekaligus menepati objektif SUKSEM iaitu menjalin kerjasama antara penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada
Majlis Perasmian Penutup SUKSEM 2024 di Wisma Darul Iman, di sini, malam tadi.

Seramai 2,448 atlet daripada 13 kontinjen a berentap pada kejohanan tersebut yang bermula dari 14 Oktober lalu.

Dalam majlis sama, Tengku Farok Hussin turut menyerahkan sumbangan kepada kontinjen Kedah mewakili atlet ping pong, Abdul Halim Md. Daud, 54, yang meninggal dunia, Rabu lalu.

Allahyarham yang merupakan Pembantu Am Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri sebaik beraksi di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Kuala Nerus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya