Tang Jie-Ee Wei bakal gegarkan Masters Jepun

Tang Jie-Ee Wei bakal gegarkan Masters Jepun

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei akan menyertai Masters Jepun, bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memberi khabar gembira untuk peminat sukan tanah air apabila akan kembali ke gelanggang pada kejohanan Masters Jepun 2024, bulan depan.

Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto berkata, selain Masters Jepun yang bermula 12 November ini, gandingan itu turut akan menyertai pada Masters China (19-24 November).

Jurulatih kelahiran Indonesia itu juga mendedahkan Tang Jie-Ee Wei berada dalam landasan untuk mengumpul mata ranking untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 di Hangzhou, China pada Disember ini.

“Saya rasa Korea Masters mereka (Tang Jie-Ee Wei) akan terlepas kerana mata (ranking) agak sedikit walaupun layak ke final. Jadi juara baru mata berbaloi.

“Namun, untuk Masters Jepun dan China mereka sudah bersedia. Hal ini kerana Masters Jepun jika layak ke separuh akhir boleh mendapat mata, manakala di China mereka kena layak ke suku akhir (untuk mendapat mata),” kata Nova.

Terdahulu, pasangan No. 9 dunia itu terlepas dua kejohanan utama iaitu Terbuka Arctic dan Denmark berikutan Ee Wei mengalami kecederaan di tangan ketika sesi latihan sebelum ini.

Mengikut format kejohanan untuk Jelajah Dunia Akhir BWF, hanya lapan pasangan terbaik dunia dalam ranking kelayakan akan beraksi di kejohanan dengan dua gandingan negara yang sama sahaja.

Berdasarkan ranking jelajah terbabit, Tang Jie-Ee Wei menghuni di tangga ketiga di belakang pasangan campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya