Syazrin pelumba terbaik Malaysia

Syazrin pelumba terbaik Malaysia

Ahmad Syazrin Awang Ilah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC), Ahmad Syazrin Awang Ilah muncul selaku pelumba terbaik Malaysia selepas menjadi pelumba negara pertama melintasi garisan penamat pada saingan peringkat keenam dari Batu Pahat ke Kulai, semalam.

Biarpun bukan seorang pakar pecut tulen, Syazrin menjelaskan betapa sukarnya untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil untuk mengikuti kelajuan pelumba pecut antarabangsa di laluan sejauh 123.4 kilometer (km) itu.

“Mahu mengikuti kelajuan (pelumba depan) itu memang sukar. Itu Pun saya di belakang dan pasukan World Team di depan. Mereka (WorldTeam) baharu guna tenaga 70 peratus dan saya di belakang sudah guna 90 peratus.

“Ketiadaan Izzat jelas terasa sebab dia pakar pecut dalam pasukan dan saya nombor dua. Apabila beliau sudah tiada, tugas itu digalas oleh saya, jadi ianya susah sedikit,” kata Syazrin kepada pemberita sejurus tamat saingan peringkat keenam, di sini, semalam.

Ketika ditanya perasaan menjadi pelumba terbaik Malaysia, atlet berusia 27 tahun itu berkata, beliau masih belum berpuas hati berikutan terlepas untuk menghuni di kedudukan 10 teratas pada perlumbaan semalam.

Menurutnya, beliau sudah berhempas pulas untuk mengikuti kelajuan pakar pecut pasukan ProTeam dan WorldTeam dan pada akhirnya terpaksa bertahan berikutan kehabisan tenaga.

“Saya belum berpuas hati dengan status sebagai pelumba terbaik Malaysia sebab saya menyasarkan untuk mendapat 10 teratas hari ini. Bagaimanapun, pada 10km terakhir ProTeam dan World Team sudah di hadapan dan posisi saya ke belakang sedikit.

“Selepas itu masa saya di belakang, saya bertahan kerana sudah menggunakan 90 peratus tenaga disebabkan jalan yang beralun. Agar sukar sedikit. Pada 5km terakhir saya cuba memintas namun tidak dapat memotong pakar pecut di hadapan,” katanya.

Syazrin menamatkan perlumbaan di tempat ke-23 dengan catatan 2:29:07 saat (s) iaitu 9s di belakang juara peringkat kelapan, Manuele Tarozzi, semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya