Speedy Tiger dapat sentuhan legenda Pakistan  

Speedy Tigers dapat sentuhan legenda Pakistan  

SOHAIL Abbas dilantik membantu ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Sarjit Singh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar pukulan sudut penalti Pakistan, Sohail Abbas dilantik sebagai penolong jurulatih skuad hoki kebangsaan berkuatkuasa semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal selepas memberitahu pihaknya mengikat kontrak selama setahun bersama Sohail dengan pilihan sambungan setahun.

“Kita memerlukan seorang yang hebat terutamanya dalam membantu menajamkan lagi pukulan sudut penalti. Sebelum ini, kita ada melantik Chris Ciriello tetapi dia ada komitmen lain.

“Tugas Sohail bukan hanya menajamkan lagi pukulan sudut penalti tetapi pengalaman yang dimilikinya sebagai bekas pemain amat diperlukan untuk memantapkan prestasi skuad kebangsaan.

“Diharapkan kemasukkan Sohail skuad kebangsaan dapat meningkatkan 30 hingga 40 peratus peluang untuk menterjemahkan pukulan sudut penalti kepada jaringan kerana adakalanya ia boleh menentukan pasukan itu menang atau sebaliknya.

“Sohail akan pergi ke Johor esok (hari ini) bersama jurulatih kebangsaan (Sarjit Singh) bagi menyaksikan Piala Tun Abdul Razak untuk mengenal pasti kelemahan pasukan dan bakat baharu untuk dibawa masuk menyertai skuad negara,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sohail memegang rekod penjaring terbanyak dunia sebelum ini pernah beraksi di Sukan Olimpik sebanyak tiga kali pada edisi 2000, 2004 dan 2012 juga merupakan pemenang pingat emas di Sukan Asia 2010.

Dalam pada itu, Sohail, 49 berkata dia tidak mengambil masa yang lama untuk menerima jawatan tersebut malah berasa teruja kerana telah menganggap Malaysia sebagai negara keduanya.

“Ketika bergelar pemain, saya kerap ke Malaysia untuk menyertai kejohanan seperti Piala Sultan Azlan Shah malah terdapat beberapa kenangan manis sewaktu saya beraksi di Bukit Jalil. Malaysia seperti negara kedua saya,” katanya.

Sohail mewakili skuad hoki kebangsaan Pakistan dari 1998 hingga 2012 telah membuat penampilan 311 caps serta menghasilkan 348 jaringan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya