Shanghai Shenhua mahu ‘rantai’ Arif Aiman

Shanghai Shenhua mahu ‘rantai’ Arif Aiman

LEONID Slutskiy bersama Joao Teixeira dalam sidang akhbar menjelang perlawanan menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pengendali Shanghai Shenhua FC, Leonid Slutsky memberi bayangan akan merantai pergerakan ayam tambatan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dalam pertembungan Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE), malam ini.

Menurut Slutsky, pasukannya sudah membuat persiapan rapi menjelang pertemuan itu setelah merehatkan beberapa pemain utama dan hanya menurunkan skuad kedua pada aksi liga sebelum ini.

Walaupun pasukan mengharungi jadual perlawanan yang padat, mereka tetap bersedia untuk memberikan aksi terbaik dan dalam masa sama mengintai peluang untuk mencuri mata pada perlawanan itu.

“Kami tahu JDT merupakan pasukan yang hebat, mereka tidak ubah seperti Shanghai Port dalam saingan Liga Super China, gemar mendominasi permainan dan melakukan serangan dari pelbagai sudut.

“Pemain yang mencuri tumpuan pada aksi pembukaan ACLE semestinya Arif Aiman yang meledak dua gol. Kami juga perlu berhati-hati dengan kelibat pemain nombor 30, Natxo Insa yang bertindak sebagai jeneral di bahagian tengah.

“Namun, saya melihat peluang masih terbuka buat kami dan juga JDT kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, sudah pasti kami mahukan sesuatu daripada kejohanan ini,” katanya.

Kali terakhir Shanghai Shenhua mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi Asia itu pada 2018, namun terkandas pada peringkat kumpulan.

Sementara itu, pemain tengahnya, Joao Teixeira berkata, kesemua pemain sudah bersiap sedia menentang skuad Harimau Selatan.

“JDT adalah sebuah pasukan yang hebat dan kami perlu lebih kompetitif untuk menyaingi kehebatan mereka. Pastinya, kami akan cuba sehabis baik dan beraksi tanpa tekanan,” kata bekas pemain Liverpool dan Feyenoord itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya