Separuh masa pertama: Malaysia ikat New Zealand 0-0

Separuh masa pertama: Malaysia ikat New Zealand 0-0

SYAMER Kutty Abba mengawal bola dalam aksi menentang New Zealand di Stadium North Harbour.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia berjaya mengikat New Zealand 0-0 pada separuh masa pertama aksi persahabatan Tier 1 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di Stadium North Harbour, sebentar tadi.

Bagaimanapun, anak-anak buah Pau Mari Vicente dilihat bergelut untuk memberi tentangan kepada New Zealand yang berada di ranking ke-95 dunia selepas pintu gol negara menerima asakan bertali arus.

Dalam aksi separuh masa pertama itu, ketumpulan penyudah barisan hadapan anak-anak buah Darren Bazeley selain ketangkasan Ahmad Syihan Hazmi menjadi penyelamat Harimau Malaya.

Pada separuh masa kedua, skuad negara perlu memperbaiki rentak permainan agak tidak mudah hilang bola sekiranya mahu melakar keputusan positif dalam perlawanan ini.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada 2006 lalu yang menyaksikan skuad negara tewas dalam dua aksi persahabatan yang berlangsung di Christchurch dan Auckland, dengan keputusan 0-1 dan 1-2.

Sejarah pertemuan sejak 1967 juga menyaksikan Malaysia tewas lapan kali dan hanya mampu menang dua kali serta dua seri daripada 12 perlawanan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya