Selangor sedia langgar 'roadblock' PDRM

Selangor sedia langgar ‘roadblock’ PDRM

PEMAIN Selangor FC menjalani latihan menjelang perlawanan menentang PDRM FC, malm ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) telah merencana strategi ampuh bagi merobek gawang PDRM FC menjelang aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Tentunya kemampuan skuad kendalian P.Maniam tidak boleh dipandang rendah kerana menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri mata daripada juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan liga musim ini.

Perkara itu diakui pengurus Gergasi Merah, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid selepas barisan kejurulatihan telah membuat perancangan rapi bagi meraih mata pada perlawanan menentang The Cops.

Katanya, Selangor memburu keputusan positif bagi mengekalkan momentum dan membina motivasi buat pasukan sebelum menghadapi empat lagi perlawanan sengit.

Selepas aksi menentang PDRM FC, Selangor akan mengharungi aksi Liga Juara-Juara 2 (ACL2) menentang Jeonbuk Hyundai Motors dua kali serta berdepan JDT dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

“Kita perlukan kemenangan dan mata bagi membina momentum terbaik selepas berehat lama susulan kalendar FIFA. Keputusan positif akan memberi motivasi yang bagus untuk pemain
sebelum menghadapi empat perlawanan sengit kerana akan bertemu dengan Jeonbuk, JDT, Kedah dan Jeonbuk.

“Saya percaya barisan kejurulatihan telah mempunyai strategi untuk menghadapi PDRM dan diharap pemain-pemain dapat jalankan tanggungjawab dan pelan yang dirancang bagi meraih mata,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Selangor memiliki rekod kurang baik apabila beraksi di tempat lawan namun dua perlawanan terakhir Liga Super menyaksikan Red Giants berjaya meraih dua kemenangan berturut-turut iaitu 2-1 ke atas Sabah dan 1-0 ketika berdepan Terengganu.

“Rekod kita ditempat lawan kurang baik tetapi kita berjaya menang dua kali dengan Sabah dan Terengganu, jadi saya harap keputusan sama mampu diraih di Selayang esok(malam ini).

“Berita baik adalah semua pemain kita berada dalam keadaan baik, jadi ia akan memberi pilihan kepada barisan kejurulatihan dalam menurunkan skuad terkuat,” jelasnya.

Selangor kini menduduki tangga kedua Liga Super dibelakang JDT selepas mengutip 25 mata selepas lapan menang, satu seri dan dua tewas manakala skuad Harimau Selatan terus gah menerajui kedudukan teratas dengan rekod tanpa kalah serta mengumpul 31 mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya