Selangor pertahan Piala Agong

Selangor pertahan Piala Agong

MOHD. ALI Mohd. Rustam bergambar dengan pemain Selangor yang mempertahankan Piala Agong selepas menewaskan Pahang 3-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Selangor mengekalkan gelaran juara Piala Agong apabila menewaskan juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) tahun lalu, Pahang 3-0 dalam aksi di Stadium Hang Tuah di sini, semalam.

Saingan Piala Agong merupakan aksi pembuka tirai kempen PERR 2024 yang julung kali diadakan secara karnival bermula hari ini dengan Melaka menjadi tuan rumah membabitkan 16 pasukan.

Tahun lalu, Selangor turut memenangi kejuaraan itu selepas menewaskan juara PERR 2022, Kuala Lumpur.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan turut dihadiri Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Selangor yang turun selaku pasukan pilihan membuka tirai menerusi jaringan Muhammad Faris Hafiz Azhar seawal minit kelapan.

Dia membuat larian dari luar kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Pahang, Muhammad Firman Shah Mohd. Kamal untuk kedudukan 1-0.

Pahang yang tersentak dengan gol itu cuba menggandakan asakan, namun gagal menembusi benteng ampuh pertahanan Skuad Merah Kuning.

Pada minit ke-61, Pahang sekali lagi tersentak apabila Selangor menambah gol kedua menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti disempurnakan Muhammad Danish Asraf Mohd. Noor Azli.

Selangor menambah derita pasukan lawan melalui gol ketika yang menyusul dua minit sebelum perlawanan tamat menerusi rembatan kencang Iqbal Hazim Radzi untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Sementara itu, jurulatih Selangor, Muhammad Zamri Hasan berkata, kemenangan 3-0 ke atas Pahang menebus kekalahan dengan Skuad Tok Gajah itu pada separuh akhir PERR tahun lalu.

Katanya, kemenangan itu juga menyuntik semangat barisan pemainnya untuk menjuarai PERR tahun ini setelah diletakkan bersaing dalam Kumpulan B bersama Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah.

“Pasukan saya mampu bersaing walaupun 13 pemain yang disenaraikan berusia 18 tahun
termasuk dua pemain berusia 24 tahun dan selebihnya berusia 20 tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya