Selangor harapkan tuah Stadium MBPJ

Selangor harapkan tuah Stadium MBPJ

NIDZAM Jamil meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Selangor FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC mahu terus kebal di laman sendiri ketika menerima kunjungan Dynamic Herb Cebu FC pada aksi kedua Kumpulan H Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) di Stadium Majlis Bandaraya Pe­taling Jaya (MBPJ), malam ini.

Rekod kemenangan bersih dalam semua sembilan perlawanan di gelanggang sendiri musim ini menjadi azimat buat The Red Giants, sekali gus menghadirkan rasa gerun buat mana-mana pasukan yang berkunjung ke Stadium MBPJ.

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil berkata, beliau tidak mahu terlalu memikirkan hal luar padang dan lebih selesa memberi perhatian kepada persiapan pasukan untuk memastikan kemenangan ke atas Dynamic Herb Cebu FC.

Biarpun ramai peminat mahu Selangor mengikut jejak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menang 3-0 ke atas Shanghai Shenhua dalam Liga Juara-Juara Elite, kelmarin, Nidzam enggan menganggap ia sebagai tekanan.

“Jangkaan sememangnya tinggi sebab kita akan bermain di gelanggang sendiri tetapi ceritanya pasti berbeza kerana ini bukan lagi Liga Super. Apa juga keputusan pasukan lain tidak beri kesan kepada kami.

“Kami lakukan dengan cara sendiri dan keputusan hanya akan diputuskan oleh kami sendiri. Sudah pasti kami mahu ikut keputusan yang baik, bukan saja yang diraih oleh JDT tetapi juga Harimau Malaya.

“Pasukan lawan memang menang besar sebelum ini tetapi kami juga ada momentum dalam saingan domestik. Jadi sekarang kami akan cuba dapatkan keputusan baik,” katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan, semalam.

Dalam pada itu, kapten Se­langor FC, Safuwan Baharudin tidak menganggap bermain di gelanggang sendiri memberi kelebihan besar dan akan sentiasa waspada dengan ancaman Dynamic Herb Cebu FC.

“Kami sudah menonton beberapa video perlawanan mereka. Sudah pasti perlawanan ini akan jadi menarik sebab mereka kelab terbaik di Filipina. Motivasi kami agak bagus malah kami juga ada skuad yang agak baik jika jurulatih lakukan penggiliran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya