PARIS – Penyandang juara Real Madrid tewas mengejut 1-0 kepada Lille manakala Aston Villa mengejutkan Bayern Munich 1-0 dalam aksi Liga Juara-Juara sekali gus mengulangi peristiwa perlawanan akhir Piala Eropah 1982.
Pada masa yang sama Liverpool meneruskan rentak kemenangan di bawah Arne Slot selepas menewaskan Bologna 2-0 di lama sendiri.
Kylian Mbappe yang kembali daripada kecederaan dimasukkan sebagai pemain gantian namun gagal mengubah kedudukan sehingga tamat perlawanan.
“Bukan malam kami dan kami tidak perlu memberi alasan atas kekalahan ini,” kata Carlo Ancelotti yang akur pasukannya berhak dikritik atas kekalahan dalam perlawanan itu. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Shakhtar Donetsk (UKR) 0 Atalanta (ITA) 3
Girona (ESP) 2 Feyenoord (NED) 3
Liverpool (ENG) 2 Bologna (ITA) 0
RB Leipzig (GER) 2 Juventus (ITA) 3
Benfica (POR) 4 Atletico Madrid (ESP) 0
Dinamo Zagreb (CRO) 2 Monaco (FRA) 2
Lille (FRA) 1 Real Madrid (ESP) 0
Aston Villa (ENG) 1 Bayern Munich (GER) 0
Sturm Graz (AUT) 0 Club Brugge (BEL) 1