Ratcliffe elak sokong Ten Hag secara terbuka  

Ratcliffe elak sokong Ten Hag secara terbuka  

JIM Ratcliffe memberitahu Manchester United tidak sepatutnya berada pada kedudukan sekarang dalam kancah Liga Perdana Inggeris. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pemilik bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe enggan memberi sokongan terbuka kepada Erik ten Hag yang kini tertekan berikutan prestasi buruk pasukan itu.

Walaupun berdepan spekulasi mengenai masa depan pengurus dari Belanda tersebut di Old Trafford, Ratcliffe menegaskan bahawa keputusan terletak di tangan pengurusan kelab.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan masa depan Ten Hag di United sebaliknya mengakui gergasi kelab Inggeris itu tidak sepatutnya berada pada kedudukan sekarang di bawah pengurus yang bermasalah.

“Saya tidak mahu ulas perkara ini. Saya suka Ten Hag, tetapi pada akhirnya bukan saya yang buat keputusan sebaliknya pengurusan yang bertanggungjawab menentukan hala tuju terbaik untuk kelab ini,” katanya.

Spekulasi mengenai kedudukan Ten Hag semakin hangat selepas permulaan musim yang mengecewakan.

Ratcliffe dilaporkan akan hadir ke Villa Park bertemu Ten Hag secara peribadi, namun masa depan pengurus itu masih belum jelas.

Sebelum ini, khabar angin menyatakan nama Thomas Tuchel pernah dikaitkan  untuk menggantikan tempat Ten Hag.

Dalam pada itu, Ratcliffe menyatakan bahawa struktur pengurusan kelab yang baharu memerlukan masa untuk stabil dan mengembalikan United ke tahap yang sepatutnya.

“Kami mahu United kembali ke tempatnya yang sebenar, dan itu masih belum berlaku,” tegas Ratcliffe. – AGENSI/UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya