Poole pelumba termuda ungguli LTdL

Poole pelumba termuda ungguli LTdL

MAX Poole (dua dari kiri) muncul juara keseluruhan LTdL 2024 manakala, Matteo Malucelli (kiri) meraih Jersi Jingga, manakala Jersi Polka Dot menjadi milik, Mario Aparicio (dua dari kanan) serta Manabu Ishibashi (kanan) pula meraih Jersi Putih pada peringkat terakhir di Bintulu, semalam. GAMBAR: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Pelumba Team dsm-firmenich PostNL, Max Poole mencipta sejarah selepas muncul juara keseluruhan paling muda dalam sejarah penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL).

Poole berjaya mengekalkan Jersi Hijau (pendahulu keseluruhan) LTdL 2024 sejak peringkat ketiga (Cameron Highlands) hingga peringkat kelapan (Bintulu Loop), semalam.

Pelumba berusia 21 tahun itu merangkul gelaran perlumbaan berstatus ProSeries (2.Pro) sejak mula dianjurkan pada 1996 mengetepikan rekod terdahulu yang dipegang Yonathan Monslave berusia 22 tahun dari Serramenti PVC Diquigiovanni-Androni Giocattoli pada edisi 2011.

Poole merupakan pelumba kedua Great Britain menjadi juara keseluruhan selepas mencatat masa 26 jam 27 minit 44 saat (s) sepanjang lapan peringkat dan memintas pencabar terdekat dari JCL Team UKYO, Thomas Pesenti dengan jurang 13s.

“Ini penamat yang sempurna untuk saya dan pasukan terutamanya selepas merangkul peringkat ketiga minggu ini di dari Taiping ke Cameron Highlands.

“Cuma sedikit terkilan prestasi saya semakin menurun apabila kami kehilangan seorang pelumba (Johan Dorussen). Jadi susah sedikit kami hendak melakar percaturan. 

“Apa pun semua melakukan tugasan masing-masing dengan baik,” kata Poole.

Saingan peringkat kelapan menyaksikan, pelumba JCL Team UKYO, Matteo Malucelli bergelar juara buat kali ketiga dengan catatan 3:07.38s manakala Poole melintasi garisan penamat di tempat ke-35.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya