Poole hampiri gelaran LTdL 2024 

Poole hampiri gelaran LTdL 2024 

Pelumba JCL Team Ukyo, Matteo Malucelli memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 peringkat ketujuh (Miri-Bintulu), semalam. - UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Kejohanan Le Tour de Langkawi 2024 akan menutup tirai saingannya pada hari ini di Bintulu ‘Loop’ sejauh 147.5 kilometer (km) dan menyaksikan Max Poole dari Team dsm-firmenich PostNL berada di kedudukan ‘selamat’ untuk muncul juara secara keseluruhan.

Biarpun menamatkan perlumbaan dalam kumpulan yang besar serta menduduki tempat ke-51, namun Jersi Hijau (pendahulu keseluruhan) dengan catatan masa keseluruhan 23 jam 20 minit 6 saat (s).

Lebih manis, pelumba berusia 21 tahun itu semakin hampir untuk mencipta sejarah sebagai juara keseluruhan termuda sejak pertandingan ini diperkenalkan pada 1996.

Poole berkata, dengan berbaki satu perlumbaan sahaja lagi, beliau bersama rakan sepasukannya akan cuba untuk mengekalkan jersi terbabit sekali gus untuk bergelar juara pada edisi ke-28 ini.

“Kami akan menggunakan strategi yang sama untuk perlumbaan pada peringkat esok (hari ini),” kata Poole kepada pemberita sejurus tamat perlumbaan peringkat ketujuh, semalam.

Ketika ini, pelumba kelahiran Britain itu hanya dibezakan 13s sahaja dengan pencabar terdekatnya dari JCL Team UKYO, Thomas Pesenti. 

Saingan peringkat kelapan hari ini akan dijadualkan berlangsung di sekitar bandar Bintulu sejauh 147.5km dan menawarkan tiga zon pecutan Kem Batu 18, Lasar Kenyalang 1 dan Lasar Kenyalang 2. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN