Pearly-Thinaah naib juara Terbuka Artik

Pearly-Thinaah naib juara Terbuka Artik

PEARLY TAN-M THINAAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah bergelar naib juara Terbuka Artik selepas tumpas di final kepada beregu China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, sebentar tadi.

Pearly-Thinaah tewas straight set 12-21, 17-21 di Vantaan Energia Areena, sekali gus berpuas hati membawa pulang wang tunai RM68,439 selaku naib juara.

Kekalahan itu adalah kali kelima buat gandingan No.8 dunia itu di tangan Sheng Shu-Ning daripada lapan pertemuan dengan rekod kemenangan memihak kepada pasangan China, 5-3.

Selepas ini, Pearly-Thinaah akan menyertai Terbuka Denmark yang berstatus Super 750 dari 15 hingga 20 Oktober ini di Odense, Denmark dan kejayaan mara ke final pastinya memberi semangat tambahan kepada mereka.

Terdahulu, pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melakar kejayaan hatrik tahun ini apabila menjuarai Terbuka Artik dan berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai RM142,282.

Untuk rekod, pada Ogos lalu Sze Fei-Izzudin muncul juara Terbuka Jepun manakala pada bulan lalu mereka melakar sejarah menjuarai Terbuka China.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya