Pearly mahu tenang buru slot Jelajah Dunia Akhir

Pearly mahu tenang buru slot Jelajah Dunia Akhir

PEARLY Tan mahu tenang dan enggan meletakkan tekanan dalam kejohanan yang disertainya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas menjuarai Terbuka Hong Kong dan naib juara Terbuka Korea, pemain beregu wanita negara Pearly Tan terus memasang impian tinggi untuk melengkapkan podium dalam deretan empat lagi kejohanan yang bakal disertainya bersama M. Thinaah.

Bagaimanapun, dia memilih bersikap lebih berhati-hati untuk tidak meletakkan tekanan terhadap dirinya demi mencari kemenangan dalam empat kejohanan yang bakal disertai.

Pearly bersama Thinaah akan menyertai Terbuka Finland pada 8 hingga 13 Oktober, Terbuka Denmark (15-20 Oktober), Jepun Masters (12-17 November) dan China Masters (19-24 November).

Pemain berusia 24 tahun itu berkata, dia bersama pasangannya mahu mengekalkan momentum dan prestasi terbaik mereka de­ngan menikmati setiap kejohanan yang disertai.

“Kami lakukan banyak komunikasi seperti apa yang kami mahukan untuk pukulan seterusnya. Kami tidak mahu meletakkan terlalu banyak tekanan kepada diri kami seperti apa yang saya katakan, kami menikmati setiap perlawanan seperti sekarang.

“Sudah tentu kami gembira dan teruja selepas Olimpik kami fikir kami sangat menikmati perlawanan dan mata jadi kami mengekalkan momentum kami dan berikan yang terbaik untuk setiap kejohanan.

Pearly-Thinaah tidak meng­ambil masa yang lama untuk berehat selepas Olimpik Paris apabila menyaksikan mereka muncul naib juara di Terbuka Korea Selatan sebelum menjuarai Terbuka Hong Kong dengan kedua-duanya berlangsung bulan lalu.

Gandingan No. 7 dunia itu turut mensasarkan untuk mendapatkan keputusan positif dalam empat kejohanan yang bakal di­sertai mereka bagi melayakkan diri menyertai Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China dari 13 hingga 17 Disember ini.

“Sudah tentu selepas Olimpik kami mahu layak ke Jelajah Dunia Akhir. Kami tidak henti berlatih dan menyertai kejohanan. Sekarang kami tengah berlatih me­nerapkan corak permainan agresif dan fokus pada titik kelemahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya